PENCAPAIAN SKIP DALAM KONVENSYEN ICC
Pada tahun 2009,SKIP sekali lagi menyertai konvensyen yang sama dan masih menduduki tempat kedua dengan tajuk projek MASALAH PENYEDIAAN AKAUN BULANAN. Sebagai pengiktirafan tersebut,SKIP telah dipelawa untuk menjadi pemerhati Konvensyen Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Ipoh pada tahun yang sama.
Tahun 2010, SKIP dengan tajuk projek MASALAH PENYEDIAAN E-PENYATA DEBIT telah menjadi JOHAN di Konvensyen KIK Zon Selatan dan Peringkat Negeri seterusnya mewakili Negeri Sarawak ke Konvensyen Peringkat Kebangsaan di Putra Jaya pada Oktober 2010.
Di samping itu, Kumpulan SKIP juga telah mengikuti Konvensyen ICC MPC Wilayah Sabah/Sarawak dan mendapat Anugerah Emas dan telah terpilih untuk bertanding ke Peringkat Kebangsaan di Genting di mana SKIP telah dianugerahkan Emas 3 Bintang dan 10 Kumpulan Terbaik dan melayakkan SKIP untuk mewakili Malaysia ke pertandingan ICQCC MPC Peringkat Antarabangsa di Yokohama, Jepun pada September 2011.
Tahun 2011,SKIP dengan tajuk projek KESUKARAN MENDAPAT E-PENYATA GAJI BULANAN sekali lagi menyertai Konvensyen KIK Peringkat Zon Selatan dan telah mendapat tempat kedua dan melayakkan diri untuk bertanding pada Konvensyen KIK Peringkat Negeri.
SKIP telah mengikuti Konvensyen ICC MPC Wilayah Sabah/Sarawak dan mendapat Anugerah Emas dan dijemput untuk bertanding ke Peringkat Kebangsaan di Genting dan mendapat Anugerah Emas 3 Bintang dan 10 Kumpulan Terbaik dan sekali lagi melayakkan diri untuk mewakili Malaysia ke pertandingan ICQCC MPC Peringkat Antarabangsa di Kuala Lumpur, Malaysia pada 2012.
Tahun 2012,SKIP muncul dengan satu projek baru iaitu KESUKARAN MEMPROSES DATA PERAKAUNAN YANG DITERIMA DARI PERBENDAHARAAN KECIL dan telah menyertai Konvensyen KIK Peringkat Zon Selatan dan dinobatkan juara dalam Kategori Pengurusan.