Wednesday, October 5, 2011

ICQCC Yokohama, Japan

SKIP yang merupakan salah satu daripada Kumpulan Inovatif dan Kreatif yang sangat aktif dalam sektor awam telah mewakili negeri Sarawak dalam pertandingan Konvensyen QCC Peringkat Antarabangsa 2011.Konvensyen ICQCC ini telah berlangsung pada 11-14 September 2011 bertempat di Pacifico Yokohama, Japan. Seramai 184 buah kumpulan dari 14 buah negara telah terpilih untuk menyertai konvensyen tersebut yang melibatkan 20 buah kumpulan dari Malaysia. Dalam pertandingan tersebut SKIP telah mendapat Anugerah Cemerlang yang mana merupakan anugerah tertinggi. TAHNIAH dan SYABAS SKIP!!! Teruskan Usaha Anda!!!